top of page

Terma dan Syarat

1. Kami adalah Melati Panorama Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201901006969 (1316296-M), No. berlesen WL7349/14/01-1/160122) (secara kolektif sebagai "Melati", "MPSB Credit" dan/atau "kami") yang memiliki dan mengendalikan MPSB Credit, yang merangkumi mereka, Laman Web dan Aplikasi (“Laman”) MPSB Credit melalui anak syarikatnya, Melati Panorama Sdn Bhd memberikan khidmat perancangan kewangan kepada para pelanggan kami.

 

​

​2. Terma dan Syarat ini menerangkan pembentukan, pengurusan dan penamatan perjanjian undang-undang antara kami dan anda untuk anda menggunakan "Laman Web", iaitu, www.mpsbcredit.com dan www.mpsbcredit.com.my (yang termasuk mana-mana laman web yang dikemaskini dan subhalaman) dan "Perkhidmatan" kami, seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 3 dibawah (yang termasuk mana-mana Terma dan Syarat yang dikemas kini dari semasa ke semasa, dimana kesemua Terma dan Syarat yang dikemaskini akan terpakai secara automatik keatas anda tanpa sebarang notis):-

​

a) dengan memberikan Data Peribadi anda (seperti yang diterangkan dalam <PDPA>) ("Notis PDPA") atau dengan melihat Laman Web, yang mana berkenaan, anda dengan ini secara muktamad, tanpa syarat dan mutlak, menerima Terma dan Syarat berikut sepertimana yang ditetapkan disini dan dengan ini memberi persetujuan nyata untuk pemprosesan Data Peribadi kami menurut <PDPA> ("Penerimaan");

 

b) this Agreement shall be valid and effective for a period commencing from the date of Acceptance until the cessation of the use of the Website or termination of our Services in accordance with these Terms and Conditions. 
 

Perjanjian ini adalah sah dan berkuatkuasa untuk tempoh bermula dari tarikh Penerimaan sehingga pemberhentian penggunaan Laman Web atau penamatan Perkhidmatan kami menurut Terma dan Syarat ini.

​

3. Kami menyediakan Perkhidmatan di Laman Web seperti berikut: -

​

a) menyediakan Data Peribadi anda kepada Pemberi Pinjaman Wang Berlesen ("Pedagang") yang telah dikeluarkan lesen yang diperlukan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan/atau peraturannya ("Akta") pada kos dan perbelanjaan tunggal Pedagang;

​

b) memaparkan senarai Pedagang di Laman Web Dengan Syarat bahawa semua Pedagang telah dikeluarkan dengan lesen yang sah yang diperlukan dan yang terkini dari semasa ke semasa;

​

c) memberikan anda butiran yang diperlukan tentang Pedagang untuk permohonan pinjaman wang anda.

 

Kami dengan ini menyatakan dengan jelas bahawa kami TIDAK MENYEDIAKAN apa-apa nasihat, cadangan dan/atau saranan mengenai Pedagang DAN kami TIDAK MEMBUAT sebarang tawaran pinjaman wang kepada anda walau apa pun yang dinyatakan dalam Laman Web yang mungkin tersirat, diandaikan sebagai atau ditafsirkan seolah-olah kami memberikan nasihat, cadangan dan/atau saranan seumpamanya tersebut.

 

 

4. Kami dengan jelas menyatakan bahawa: -

 

a) kami TIDAK MENJAMIN ketepatan mutlak, kesahihan dan/atau hasil atau keputusan yang apa pun anda inginkan apabila permohonan pinjaman wang kepada para Pedagang;

 

b) kami TIDAK MEMUDAHKAN permohonan pinjaman wang diantara Pedagang dan anda selain dari apa yang disebut disini dalam skop Perkhidmatan kami;

 

c) kami TIDAK MENGAWAL, MEMANIPULASI, MELULUSKAN, DAN/ATAU MENGAWALSELIA mana-mana permohonan pinjaman wang diantara Pedagang dan anda;

 

d) Kami MENAFIKAN SEBARANG LIABILITI ATAU TANGGUNGJAWAB, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU BERTANGGUNGAN TERHADAP SEBARANG TUNTUTAN, KERUGIAN ATAU LIABILITI APA JUA PUN SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANGUNDANG, YANG WUJUD DARI PERMOHONAN, KOMUNIKASI ATAU SEBARANG URUSAN ANDA DENGAN PEDAGANG;

 

e) SEBAGAI TAMBAHAN DAN TANPA PRJUDIS TERHADAP PENAFIAN YANG DINYATAKAN DIATAS, KAMI TIDAK AKAN MEMPUNYAI SEBARANG LIABILITI (SAMAADA DALAM KONTRAK, TORT, KECUAIAN, SALAH REPRESENTASI, PEMULIHAN ATAU DIBAWAH SEBARANG LIABILITI) BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA ATAU KELEWATAN ANDA DALAM MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN/ATAU PERKHIDMATAN KAMI AKIBAT MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN/ATAU PERKHIDMATAN KAMI UNTUK SEBARANG: (A) KERUGIAN, KEROSAKAN, KOS ATAU PERBELANJAAN TIDAK LANGSUNG ATAU AKIBAT DARINYA; (B) KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU YANG DIJANGKAKAN; (C) KEHILANGAN KONTRAK; (D) KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; (E) KEHILANGAN SIMPANAN WANG YANG DIJANGKAKAN; (F) KEHILANGAN HASIL; (G) KEHILANGAN GOODWILL; (H) KEHILANGAN REPUTASI; (I) KERUGIAN PERNIAGAAN; (J) KEHILANGAN PELUANG; ATAU (K) KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DATA; SAMAADA KERUGIAN TERSEBUT DAPAT DIRAMAL SECARA MUNASABAH ATAU KAMI TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN ANDA MENGALAMI KERUGIAN TERSEBUT. UNTUK MENGELAKKAN KERAGUAN, SUB-KLAUSA (B) HINGGA (K) DIATAS TERPAKAI SAMAADA KERUGIAN TERSEBUT ADALAH LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SECARA AKIBAT ATAU SEBALIKNYA.

 


5. Anda dengan ini bersetuju mengakujanji dan mengesahkan bahawa:

​

a) anda berumur lapan belas (18) tahun;

 

b) penyediaan Perkhidmatan kami dalam apa jua cara, secara langsung atau tidak langsung, tidak berada dibawah sebarang pelakuan jenayah atau liabiliti dibawah peruntukan Akta;

 

c) anda tidak akan menyalahgunakan Laman Web dengan melakukan atau menggalakkan kesalahan jenayah, menghantar atau mengedarkan virus termasuklah tetapi tidak terhad kepada Trojan Horse, Worm, Logik Bomb atau menyiarkan apa-apa bahan lain di Laman Web yang berniat jahat, berbahaya dari segi teknologi, melanggar kerahsiaan atau dalam apa-apa cara yang menyinggung atau lucah, data yang merosakkan, menyebabkan kegusaran pengguna lain, melanggar hak proprietari mana-mana orang lain atau menghantar sebarang iklan atau bahan promosi yang tidak diminta;

 

d) kemasukan ke dalam Terma dan Syarat ini tidak akan melanggar atau mengingkari Akta atau undang-undang lain yang terpakai atau manamana undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap anda di negara asal atau tempat tinggal anda;

 

e) kecuali yang diperuntukkan sebaliknya di sini, semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuklah tanpa menghadkan pemerolihan sebarang persetujuan atau lesen yang diperlukan atau membuat sebarang pemfailan atau pendaftaran) untuk membolehkannya secara sah untuk memasuki, melaksanakan hak anda dan melaksanakan dan mematuhi kewajipan anda dibawah Terma dan Syarat ini dan untuk memastikan bahawa kewajipan tersebut mengikat dan boleh dikuatkuasakan, telah diambil, dipenuhi dan dilakukan;

​

f) kemasukan dan perlaksanaan hak anda dan/atau pematuhan kewajipan anda dibawah Terma dan Syarat ini tidak dan tidak akan melanggar, atau melebihi mana-mana kuasa atau sekatan yang diberikan atau dikenakan oleh (i) mana-mana undang-undang, peraturan, kebenaran, arahan atau perintah (samaada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang ianya tertakluk; (ii) dokumen konstitutifnya, jika berkenaan; atau (iii) apa-apa perjanjian atau perkiraan yang mana ia menjadi pihak atau yang mengikatnya atau asetnya; dan

 

g) kecuali didedahkan sebaliknya, anda tidak terlibat dalam dan tidak mengetahui sebarang litigasi yang belum selesai atau yang boleh mengancam atau siasatan atau prosiding kerajaan yang mungkin mempunyai kesan buruk yang material keatas keupayaannya untuk memasuki Terma dan Syarat ini dan untuk memenuhi kewajipan anda di bawah ini.

 

 

6. Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggungrugi dan tidak memudaratkan kami dan anak syarikat, ejen, pemberi lesen, pengurus, dan syarikat gabungan lain kami, dan pekerja, kontraktor, ejen, pegawai dan pengarah mereka, terhadap dan dari sebarang dan semua tuntutan, gantirugi, kewajipan, kerugian, liabiliti, kos atau hutang, dan perbelanjaan (termasuklah tetapi tidak terhad kepada yuran peguam) yang timbul daripada: (i) penggunaan dan akses anda kepada Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami, termasuklah sebarang data atau kandungan lain yang dihantar atau diterima oleh anda; (ii) pelanggaran anda terhadap mana-mana terma Terma dan Syarat ini, termasuk tanpa had pelanggaran anda terhadap mana-mana representasi dan waranti diatas; (iii) pelanggaran anda terhadap mana-mana hak pihak ketiga, termasuklah tanpa had sebarang hak privasi, hak harta intelek dan sebarang hak gerbang pembayaran; (iv) pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang yang terpakai, (v) sebarang kandungan yang dihantar melalui akaun anda termasuklah tanpa had maklumat yang mengelirukan, palsu atau tidak tepat.

 

​

7. Jika kami mendapati anda mencurigakan atau bertanggungan untuk melanggar atau menyebabkan sebarang pelanggaran mana-mana Terma dan Syarat ini atau Akta atau mana-mana undang-undang yang terpakai mengikut budi bicara mutlak kami, kami mempunyai hak mutlak untuk menghalang, menyekat, menolak atau menafikan anda daripada menggunakan Laman Web atau Perkhidmatan walau apa jua pun, dimana anda mengesahkan bahawa anda tidak akan mempunyai tuntutan, notis, liabiliti, atau apa jua pun terhadap kami kepada tindakan kami diatas, yang mana kita tidak akan mempunyai tuntutan terhadap satu sama lain kecuali untuk sebarang pelanggaran anda yang berlaku sebelum ini, jika ada.

​​

​

8. Am

 

a) Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia;

 

b) Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini adalah atau mungkin menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah mana-mana undangundang bertulis atau didapati oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran yang mempunyai bidangkuasa, sebagai menyalahi undangundang, tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan maka:-


i. peruntukan tersebut tidak akan berkesan setakatmana ianya menyalahi undang-undang, ketidaksahan, larangan atau tidak boleh dikuatkuasakan;


ii. peruntukan selebihnya dalam perjanjian ini akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya;


iii. pihak-pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik masing-masing untuk berunding dan bersetuju dengan peruntukan gantian yang sah dan boleh dikuatkuasakan serta mencapai setakat yang mungkin objektif ekonomi, undang-undang dan komersial bagi terma, syarat, penetapan yang tidak sah, batal, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan, perjanjian atau akujanji;

​

c) Tiada kegagalan atau kelewatan dalam pelaksanaan atau pelaksanaan sebahagian daripada mana-mana hak atau remedi atau pelaksanaan mana-mana hak atau remedi lain boleh menjejaskan apa-apa hak atau remedi tersebut;

 

d) Terma dan Syarat ini akan mengikat pihak-pihak dan pengganti hakmilik masing-masing mengenai pihak-pihak di sini;

 

e) Pihak-pihak mengakui dan bersetuju bahawa Terma dan Syarat ini dan/atau mana-mana dokumen lain yang berkaitan, boleh ditandatangani, dilaksanakan, diakui, dikeluarkan dan/atau dilaksanakan melalui cara elektronik dan hendaklah dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai bukti dan dianggap, melainkan jika bukti yang bertentangan diketengahkan.



9. SYARAT PENGELUARAN

​

a) Pedagang akan mengeluarkan jumlah Kemudahan Pinjaman Wang seperti yang diluluskan oleh Pedagang kepada Pelanggan selepas menolak semua yuran, dan caj, jika ada. Jumlah Kemudahan Pinjaman Wang akan disalurkan kedalam akaun bank Pelanggan yang didaftarkan dan diselenggara oleh Pelanggan melalui alamat e-mel yang didaftarkan dengan MPSB;

 

b) Pelanggan akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada kaedah pengeluaran jumlah Kemudahan Pinjaman Wang.

​

​

10, PRABAYAR / PENYELESAIAN AWAL DAN REBAT

​

a) Jika Pelanggan ingin menyelesaikan sepenuhnya Pinjaman Wang sebelum tempoh Kemudahan Pinjaman Wang berakhir, Pelanggan hendaklah memberikan kepada Pedagang satu (1) bulan notis awal secara bertulis, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini atau Terma utama Kontrak;

 

b) Pedagang boleh memberikan rebat jika ada, keatas baki jumlah pinjaman berdasarkan penyelesaian penuh oleh Pelanggan dalam situasi berikut:

 

c) Penebusan atau prabayaran Kemudahan Pinjaman Wang tersebut;

 

d) Penjadualan Semula Kemudahan Pinjaman Wang tersebut;

 

e) Keingkaran oleh Pelanggan; atau f) Penamatan atau pembatalan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut sebelum tempoh matangnya.

​

​

11. CAJ BAYARAN LEWAT

​

a) Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Pedagang berhak untuk mengenakan dan menuntut daripada Pelanggan caj pembayaran lewat jika Pelanggan gagal melakukan perkara berikut:

 

b) Pembayaran semua ansuran berkala yang terhutang dan jumlah amaun yang dipersetujui untuk dibayar oleh Pelanggan kepada Pedagang pada tarikh ianya perlu dibayar; dan/atau

 

c) Pembayaran semua ansuran berkala yang terhutang apabila tamat tempoh atau penamatan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut;

 

d) Caj bayaran lewat akan dikira mengikut kadar yang dinyatakan di bawah:

 

amaun yang perlu dibayar X 8% / 365 * hari terhutang

 â€‹

i. Caj pembayaran lewat tidak akan dikompaun;

 

ii. Jumlah caj pembayaran lewat tidak akan melebihi jumlah pokok yang terhutang.

​

​

12. KOS DAN PERBELANJAAN

​

a) Semua kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Pedagang berkaitan atau timbul daripada atau bersampingan dengan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut perlu dibayar oleh Pelanggan apabila tiba masanya;

 

b) Semua duti setem dan yuran guaman yang perlu dibayar (dinilai berdasarkan peguam dan pelanggan) atau yang ditanggung oleh Pedagang:

 

i. berkaitan atau bersampingan dengan penyediaan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut; dan/atau

 

ii. berkaitan dengan penguatkuasaan haknya di bawah Kemudahan Pinjaman Wang tersebut, perlu dibayar oleh Pelanggan apabila diminta.

​

​

13. INDEMNITI

​

Pelanggan secara nyata membebaskan Pedagag dari sebarang liabiliti yang berkaitan dengan sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengeluaran Kemudahan Pinjaman Wang tersebut dan juga sebarang kerugian atau gantirugi secara tidak langsung, bersampingan, timbul, berkaitan dengan Pelanggan.

 

a) Pedagang mempunyai hak untuk menolak permohonan Pelanggan atau enggan memberikan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut kepada Pelanggan tanpa memberikan sebarang alasan bagi penolakan tersebut dan Pedagang tidak akan dibuat bertanggungan untuk sebarang kerugian akibat kengganan tersebut;

 

b) Pedagang tidak akan bertanggungan ke atas sebarang kerugian, gantirugi, kos dan perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Pelanggan akibat dari pengeluaran Kemudahan Pinjaman Wang tersebut.

​

​

14. FORCE MAJEURE

​

Pedagang tidak perlu melaksanakan kewajipannya jika ia dilarang daripada berbuat demikian sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada sebarang bencana alam, rusuhan, pergolakan awam, tindakan pengganas, mogok buruh, sekat keluar, kebakaran, banjir, kemalangan, kegagalan mesin atau komputer / sistem komputer atau apa jua yang di luar kawalan munasabah Pedagang.

​

​

15. SYARAT-SYARAT LAIN

​

a) Kemudahan Pinjaman Wang tersebut tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan Notis Privasi kami. Apabila memohon untuk Kemudahan Pinjaman Wang tersebut, Pelanggan hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Terma dan Syarat dan Notis Privasi ini;

 

b) Dengan memohon Kemudahan Pinjaman Wang tersebut, Pelanggan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan Notis Privasi ini, termasuklah memberikan kebenaran untuk penggunaan Maklumat Peribadinya (seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi tersebut). Di samping itu, Pelanggan memberi kebenaran kepada CTOS Data System Sdn Bhd (“CTOS”), dan Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (“Experian”), sebuah agensi pelaporan kredit berdaftar dibawah Credit Reporting Agency Act 2010 (“CRA”) yang menjalankan sebarang semakan kredit/perdagangan, CCRIS dan DCHEQUE ke atas Pelanggan, pada bila-bila masa selagi Pelanggan memohon atau mempunyai Kemudahan Pinjaman Wang tersebut dengan Pedagang, dan bersetuju dengan pendedahan kepada Pedagang, sebarang Maklumat Kredit (seperti yang ditakrifkan dalam CRA) yang berkaitan dengan Pelanggan, oleh CTOS, Experian atau mana-mana sumber yang dianggap sesuai dengan sejarah kredit Pelanggan berhubung dengan permohonan Pelanggan untuk atau penggunaan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut;

 

c) Pedagang berhak untuk mendedahkan dan Pelanggan dengan ini bersetuju secara tidak muktamad kepada pendedahan oleh Pedagang apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Pelanggan dan/atau Kemudahan Pinjaman Wang tersebut, kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dibawah Bank Negara Malaysia, organisasi maklumat kredit dan/atau lain-lain pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, agensi pelaporan kredit dan mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidangkuasa ke atas Pedagang, cawangan Pedagang, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, anak syarikat, ahli gabungan, penerima serahhak, penerima serahhak yang dicadangkan, ejen dan/atau mana-mana pihak lain yang dilantik oleh Pedagang, bagi membolehkan atau membantu Pedagang untuk melaksanakan atau menguatkuasakan hak Pedagang dibawah ini dan/atau mana-mana pihak lain yang mana Pedagang boleh, mengikut budi bicara mutlaknya fikirkan sesuai;

 

d) Pedagang boleh melaksanakan mana-mana hak, kuasa dan/atau remedi yang tersedia sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pedagang, sebagai tambahan kepada sebarang hak dan remedi lain yang diberikan kepada Pedagang oleh undang-undang. Sekiranya Pedagang tidak mengambil sebarang tindakan apabila ia mempunyai hak untuk berbuat demikian, ini tidak bermakna Pedagang telah:

​

i. bersetuju dengan pelanggaran Pelanggan;

 

ii. hilang haknya; atau

​

iii. dilarang mengambil sebarang tindakan selepas itu.

​

e) Jika Pedagang telah dengan jelas mengenepikan pelanggaran oleh Pelanggan, ia tidak akan menjejaskan sebarang penguatkuasaan hak, kuasa dan remedi Pedagang untuk sebarang pelanggaran lain yang dilakukan oleh Pelanggan, samaada ia berlaku sebelum atau selepas penepian tersebut;

​

f) Pedagang mempunyai hak pada bila-bila masa dengan memberitahu Pelanggan melalui e-mel, pengumuman dalam laman web, permohonan, pemberitahuan mesej pesanan ringkas sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh kuatkuasa untuk menambah, menukar, memutuskan, mengubahsuai, menggantikan atau meminda semua atau mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini atau untuk menamatkan Kemudahan Pinjaman Wang tersebut sepenuhnya;

 

g) Pedagang berhak pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa untuk menyerahkan atau memindahkan atau melaksanakan sub-penyertaan semua atau mana-mana hak dan/atau kewajipannya dibawah ini atau mana-mana bahagiannya, untuk apa jua tujuan atau alasan sekalipun kepada orang tersebut atau orang-orang dalam apa jua cara dan atas apa jua terma yang difikirkan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya tanpa kebenaran Pelanggan terlebih dahulu. Pelanggan dengan ini dilarang daripada menyerahkan atau memindahkan hak dan kepentingan atau kewajipannya dibawah Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian disini kepada mana-mana orang.

bottom of page